Labuan Sea and beach Challenge

Labuan Sea and beach Challenge

Monday, August 2, 2010

THE MEMORIES THAT WILL NEVER BE FORGET..






Edisi ke-4 Jambori seluruh sistem Uitm telah diadakan di kampus Lendu, Malaka. dengan acara baru seperti rempuh halangan, EOQ Challenge dan Prolog.kontinjen Sabah pada edisi kali menaruh harapan yang sangat tinggi..bukan untuk menang saja..menang kalah adat pertandingan, tetapi untuk mencipta sejarah bagi Kampus Sabah sendiri..dengan hampir seluruh kontinjen Sabah untuk edisi kali adalah anak jati Sabah sendiri,tentunya sejarah mahu dilakar untuk kampus tercinta sekaligus memperlihatkan kehebatan sebenar anak-anak jati negeri di bawah bayu.. berdasarkan keputusan dan prestasi sewaktu edisi ketiga di uitm Arau Perlis, kontinjen Sabah adalah antara kontinjen yang dilihat boleh memberikan saingan kepada kampus lain terutama sekali kampus induk uitm Shah Alam..dengan adanya peserta dari pada edisi sebelumnya seperti oscar gilbert, Mercylla Lukish dan Ramli Lamin yang telah menunjukkan bahawa sabah boleh memberi tentangan lebih2 lagi dengan sistem baru iaitu pertandingan mengikut kampus dan bukannya gabungan seperti pada edisi sebelum ini..

dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan, kontinjen Sabah telah mengadakan latihan pusat lebih daripada seminggu dengan pelbagai jenis latihan bagi mepersiapkan diri untuk kejohanan Jambori 2 nti..untuk edisi itu,kontinjen Sabah akan bertanding dalam semua acara yg dipertandingkan iaitu kawad kaki,EOQ Challenge, Prolog iaitu relay, rempuh halangan dan kebudayaan..dalam semua acara yang dipertandingan, kontinjen Sabah telah mensasarkan acara Prolog, EOQ Challenge dan rempuh halangan untuk mencipta kejutan dengan peserta yang ada..selain diperkuatkan dengan 3 orang sukan lasak iaitu Oscar gilbert yang mewakili uitm sabah untuk Malakoff duathlon series, Mercylla lukish yang mewakili uitm untuk Sabah tea mountain bike race selain juara sukan lasak antara program uitm Sabah dengan saya (Macson)yang juga wakil uitm Sabah untuk Malakoff duathlon series dan sabah challenge..jika dilihat di atas kertas, peluang dan sasaran tampak pasti untuk tercapai..tetapi apa-apa pun boleh berlaku dalam race..kan?? sememangnya tekanan sangat dirasai lebih2 lagi harapan pegawai dan seluruh kotinjen untuk melihat suatu permulaan yang baik..

dengan Prolog membuka tirai..pasti semua mata dan harapan seruluh kontinjen pasukan Sabah terletak di bahu Oscar,Macson,Mercylla dan juga cenlepah untuk menjelmakan sesuatu kepada kontinjen..memang tekanan sangat terasa waktu 2..sebab kita dah tahu harapan team macam mana dan pasukan lain pun tahu kita ada beberapa orang yang memang pakar dalam acara ni..so mereka semua semestinya mahu kalahkan kami..dengan semua persiapan yang telah dilakukan dengan rapi..sekarang cuma terserah kepada empat nama tadi..permulaan acara prolog ni,setiap seorang kena berlari dalam 1km ke check point masing2 sebelum keempat empat orang tadi bergerak dalam 1 kumpulan bagi menghabiskan 10km berbasikal,10km duathlon dimana 2 orang kena berlari sementara 2 orang lagi berkayuh basikal dan 5km berlari sehingga lah penamat..kontinjen Sabah bermula dengan Oscar diikuti oleh Mercylla,Cenlepah dan diakhiri oleh saya sendiri (Macson )..untuk permulaan seorang 1km..pasukan Sabah waktu 2 boleh kitakan dalam kelompok top 5..so masuk la disiplin berbasikal..pada mula semua ok ja..seperti yang dirancang..dapat la juga improve kedudukan pergi tempat ke-3 time..so dalam 2km lagi untuk habiskan disiplin berbasikal 2,tiba2 salah 1 daripada 4 basikal kami ada masalh dengan tayar bocor..agak sukar juga la untuk maintain kedudukan sebab 1 daripada basikal team kami ada masalah dikejar semula oleh pasukan tempat keempat..so apabila masuk disiplin duathlon 2,kami gunakan lah segala pengalaman untuk catch up balik team yang kat depan dna berjaya memotong 2 pasukan..masuk disiplin berlari kami cuba untuk rapatkan lagi jurang dengan team depan iaitu pasukan UiTM Shah Alam, tapi agak lambat apabila kami cuma boleh berpuasa hati dengan silver..tak jauh sebenarnya..dalam seminit lebih ja..takpa kan?cuba kalau tak ada masalah,belum tahu lagi..

boleh dikira untuk acara Prolog kami mencapai target..hehe..tapi sedih laju..sebab ada peluang menang just nasib tak menyebelahi team kitaorang..tapi memang time prolog 2, dah nampak da belang pasukan sabah..so team2 yang lain pun da berwaspada dengan kitaorang menjelang EOQ Challenge besoknya..untuk EOQ Challenge pula,iainya akan dibahagikan kepada berlari sejauh 5km, berbasikal 20km,berkayak 3km dan berlari lagi untuk 2.5km..EOQ ni berlari kena ada 8 orang,berbasikal 4 orang dan kayak 6 orang..macam relay la juga..saya ambil disiplin berbasikal time acara EOQ Challenge ni..semasa acara berlari 5km pertama,pasukan sabah memang bersaing sengit dengan pasukan UiTM Shah Alam..waktu beri batton kepada pengayuh basikal pun sengit sangat..so time basikal kami cuba lah sedaya upaya untuk jarakkan diri dari team UiTM Shah Alam 2..dapat juga la sikit..waktu kami beri batton kepada peserta kayak kami,team Shah Alam belum sampai lagi..so kira leading la time 2..yang paling bestnya apabila dapat tahu yang peserta kayak kami dah sampai kepada pasangan yang ketiga dan team UiTM shaha Alam masih lagi pasangan pertama mereka..time lihat peserta kayak kami kembali ke check point untuk sama berlari bagi menghabiskan 2.5 km terakhir,saya dah berkata dalam hati..kami telah menang..walaupun belum..dengan setiap daripada kami terbentang bendera Sabah di dada dan kibaran bendera Sabah ketika berlari 2,5km terakhir 2..memang menusuk kalbu yang sukar digambarkan..akhirnya kami berjaya menamatkan acara 2 hampir 20 minit daripada pasukan tempat ke-2..memang sukar digambarkan perasaan time..yang bestnya seepas menang kami menyanyikan lagu Sabah tanah Airku..memang nak keluar air mata..sebab atas nama negeri saya dan semua kontinjen negeri Sabah telah berjaya mencipta 1 sejarah dan membuatkan nama UiTM sabah semakin disegani..scara keseluruhan..even tak menang johan tapi kami telah membuka mata ramai orang dengan menang 1 emas 1 perak dan 1 gangsa daripada 5 acara..dan yang bestnya..kami enjoy malam penutupn 2 dan perform dengan baik sekali during persembahan kebudayaan..dan bagi saya sendiri, banyak kenangan yang manis yang mungkin saya tidak akan dapat lagi selepas ini..memang sukar untuk dijelaskan dengan perkataan..all the memories will now only become a memories..

2 comments:

  1. To all my friends..this our history and this is our memories..

    ReplyDelete
  2. wow.. great achievements for sabahan.. good job btw.. might wanna check Cenlepah capitals

    ReplyDelete